@churalliya

Monday, July 21, 2014

Iftar Kelab Potong untuk tahun yang ke-8

Tahun ni pemalas nyaaa nak buat entry pasal puasa, buka puasa, masak apa, makan apa... yang mekchu tahu setiap hari adalah hari yang mendebarkan sebab tahun ni pertama kali abang mi berpuasa... debar nak kejutkan dia bangun sahur dan debar nak melayan karenah dia bila pukul 6 petang dan ke atas... nanti mekchu cerita pasal pengalaman abang mi berpuasa ehhh...

Baru hegeh nak cerita pasal majlis berbuka puasa dengan Kelab Potong. Kelab Potong? emmmm setahun sekali baru dengar pasal kelab ni kan... hahahaha... member2 yang sama belajar kat UUM dulu.. dah lebih 15 tahun dan masih rapat.. Alhamdulillah..

Tahun ni iftar masih diteruskan. Kalau tak buat makna nya tak dapat lah nak jumpa kawan2 lama..

Kat Bangi Golf Resort. Kembali berbuka di luar setelah tak de siapa nak jadi tuan rumah untuk potluck tahun ni.. tak pe la, yang penting dapat jumpa kawan2 lama..

Disebabkan orang yang ramai nak mammmmmm, maka mood nak bergambar tu terhapus seketika.. rela tunggu aje kat meja. Papajib yang pegi beratur dan amek makanan, mekchu tukang makan aje.. pihak resort ni pun satu, selagi ada ruang, selagi tu lah dia letak meja.. bila dah penuh meja nak jalan pun kena tarik napas kecik kan perut.. tapi tak dinafikan, makanan kat sana SEMUA SEDAPPPP...

Ini aje gambar yang ada...

pukul 10 malam tapi masih kat sana lagi.. abang mi dah lasak sangat masa ni.. ntah mana dia main.. 

gambar masa makan.. gile kejam tak de langsung gambar mekchu tengah makan... kitorang amek 4 meja.. semua ada la dalam 40 orang termasuk anak2.. 

nahh... gambar montot aje... hahahaha... tak de gambar punya pasal, gambar ni pun bulehhhh... 

ni pulak gambar lagend nak ukur tinggi... hahaha.. tahun depan benut dah boleh undur diri.. tinggal lagi 3 orang je.. kalai, bodek & poyok.. nasib lah korang siapa paling last..

ini aje kaum hawa yang dapat hadir... kaum adam ramai datang solo.. ehhh kebetulan pulak.. memang kawan2 kitorang ada nama hawa dan adam pun :) 


dah 2 minggu puasa baru dapat makan kat luar.. tu yang seronok semacam tu...

tu la gambar kenangan tahun ni.. tak ramai macam tahun lepas, yang penting gathering diteruskan...

Tak seronok pulak nak tiba2 ending macam tu aje...

Disebabkan gambar tak banyak, mekchu carik balik gambar2 kenangan dengan Kelab Potong ni.. Semua pun gambar masa berbuka puasa...

********************************************************************************

 :: 2004 :: Kinrara Golf Club :: belum tawin lagi masa ni... 

 :: 2005 :: Kinrara Golf Club (lagikk) :: sebab budak2 tu ramai yang sewa rumah kat kinrara lagi masa tu.. ehh baru kawin masa ni tau...

Lepas tu stop gathering lama jugak.. sebab utama tak buat gathering sebab masa tu pressure dan rasa down sebab kawan2 lain yang baru kawin semua dah pregnen.. mekchu masih belom ngandong2.. sensitip sangat masa tu bila orang tanya 'planning ker?' "belum ada isi lagi?' memang nak nak sepak orang...

Tiap-tiap tahun papajib yang jadi organizer.. so bila dia tak organize maka tiadalah gathering Kelab Potong ni..

 :: 2009 :: Kelab Tasik Putrajaya :: baru buat balik gathering.. masa ni dah ada mi-cah :) gambar ramai2 tak de pulop



:: 2012 :: A Famosa Golf Club :: tengah pregnen wawa 30 minggu

 :: 2013 :: Pot luck rumah Adam di Kajang :: The best gathering eva!! ini penyertaan paling ramai... 

:: 2014 :: Bangi Golf Resort :: 

Alhamdulillah, rupa-rupanya dah 10 tahun dari gathering yang pertama diadakan.. Cuma termiss 3 tahun (2006, 2007 & 2008). Sangat nostalgia bila tengok balik gambar2 lama... 


by mekchuN (^_^)

4 comments:

Anum said...

meriahnya

Myalycia said...

wah, syoknya...

nad said...

nnt leh suggest kat kelab potong, thn dpn buka kt cyberjaya tau, hehe...saya dah update blog pasal berbuka kt sana...hehehe, nakkk jugak tu :P

QasehnyaRania said...

best kan dpt berkumpul cenggini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...